PERHIMPUNAN KHAS "SAY NO TO VIOLENCE"


Perhimpunan mingguan pada hari ini (19 Januari 2009) diadakan khas bagi menyatakan rasa prihatin warga KSAH terhadap mangsa kekejaman Israel  di Gaza. Dalam perhimpunan tersebut Tuan Hj. Turin bin Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran) telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan mengenai isu Palestin yang bertemakan "Menjernihkan Air Di Hulu".

Dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang sejarah penubuhan negara Israel, politik dan rentetan konflik Israel - Palestin. Beliau seterusnya mengaitkan tentang betapa nikmatnya kehidupan kita di negara Malaysia. Untuk itu, beliau menyeru agar warga KSAH sentiasa bersyukur dan menjaga serta mempertingkatkan keharmonian yang sedia wujud. Isu-isu agama dan kaum hendaklah diketepikan selaras dengan visi dan misi KSAH.

Perhimpunan tersebut diakhiri dengan pelancaran kempen "Say No To Violence" oleh Pengetua (Tn. Hj. Morazuki bin Hashim) yang telah menurunkan tandatangan di sepanduk yang disediakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar KSAH. Serentak dengan itu, tabung derma untuk rakyat Palestin dilancarkan.

 

 

Diposkan oleh:

Web Admin

Isnin, 19 Januari 2009