MAJLIS MOHON RESTU STPM 2009
Majlis Mohon Restu STPM 2009 telah berlangsung di Dewan Iskandar bermula jam 1.30 tengah hari, Ahad (25/10/2009). Dihadiri oleh Tuan Pengetua, barisan pengurusan, penyelia tingkatan serta guru-guru mata pelajaran PraU2. Dalam ucapan Tuan Pengetua telah menyentuh beberapa perkara berhubung dengan peranan pelajar PraU2 dalam memastikan akademik di peringkat PraU ini berada pada tahap yang tinggi. Antaranya:
Sebagai pelajar PraU, mereka harus berupaya untuk berdikari dalam segala aspek termasuklah dalam soal belajar. Pelajar harus memiliki daya usaha dan semangat untuk belajar sendiri, meneroka, mencari maklumat, berbincang serta sentiasa pertingkatkan hubungan dengan guru.
Pelajar PraU mesti menunjukkan kematangan dalam kelas mahupun di luar kelas seperti matang dalam melontarkan idea, bernas dari segi mengolah dan menghurai sesuatu persoalan dan berupaya membahaskan sesuatu isu dengan matang.
Usaha dan kesungguhan perlu ditunjukkan oleh pelajar pada setiap masa dan mampu menjadi contoh kepada pelajar-pelajar di peringkat yang lebih bawah.
Sempena peperiksaan STPM yang bakal ditempuh tidak lama lagi, harapan Pengetua ialah beiau ingin melihat pelajar PraU tahun ini akan berupaya meningkatkan kembali pencapaian STPM dan meletakkan Kolej sebagai antara insitusi PraU yang terbaik di negeri Kedah ini.
Selepas ucapan, semua pelajar bersalaman dengan Pengetua dan semua guru yang mengajar. Semoga program yang dirancangkan ini sedikit sebanyak mampu mencetus semangat kepada pelajar PraU2 untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM yang akan datang. SELAMAT MAJU JAYA.
Dipos Oleh:
Mohd A'sri bin Abd.Ghani
Penolong Kanan HEM
26 Oktober 2009.