MAJLIS MOHON RESTU SPM 2009
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Iskandar pada 25 Oktober 2009 jam 9.40 pagi. Semua pelajar Tingkatan 5 hadir bagi mendengar amanat penting daripada Tuan Pengetua berkaitan dengan persediaan pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM. Beliau menasihatkan semua pelajar agar teruskan usaha bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Keselamatan dan kesihatan diri juga penting dan perlu diberi penekanan oleh pelajar kerana ia juga menjadi sebahagian kepada penentu kejayaan tersebut. Harapan semua warga Kolej agar pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ini akan dapat mengatasi kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar-pelajar tahun sebelumnya.
Selesai ucapan, para pelajar bersalaman dengan pengurusan dan semua guru yang mengajar dengan niat mendapatkan restu daripada guru atas segala pengorbanan yang dicurahkan supaya mereka berjaya dalam peperiksaan nanti.
Dipos Oleh:
Mohd A'sri bin Abd.Ghani
Penolong Kanan HEM
26 Oktober 2009.