MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2009
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas KSAH 2009 telah dilangsungkan pada hari Isnin, 12 Januari 2009 iaitu semasa perhimpunan minggu bertempat di Dewan Iskandar. Keseluruhannya seramai 67 orang pengawas telah menerima watikah masing-masing.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua KSAH, Hj. Morazuki bin Hashim. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang adalah pengawas yang dilantik semula, manakala seramai 40 orang adalah pengawas yang baru. Majlis tersebut dimulai dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas, kemudian pembacaan ikrar dan diakhiri dengan ucapan Ketua Pengawas.
Bagi
tahun 2009, Dickson Lau telah dilantik sebagai Ketua Pengawas, dibantu oleh
dua orang timbalan iaitu Izzat Nacquiudin bin Ibrahim dan Ariff Kamal Khairi
bin Zulkafli. Sty Deyanasuhailah bt. Mat Desa pula dilantik Ketua Pengawas
Perempuan dan Penolongnya ialah Niwashini a/p Sundarajan.
Dalam ucapannya, Dickson Lau selaku Ketua Pengawas meminta rakan-rakan pelajar untuk membuka era baru KSAH untuk bersama-sama memurnikan disiplin sekolah dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan disamping belajar bersungguh-sungguh.
Diposkan oleh:
Hj. Abdul Hamid bin Hussain
Guru Pengawas
KSAH
Isnin, 12 Januari 2009