PERTANDINGAN MENCIPTA KULIT MAJALAH DARULAMAN 2009
Sukacita
dimaklumkan bahawa satu pertandingan mencipta kulit Majalah Darulaman
2009 akan diadakan
dengan syarat-syarat berikut :
Syarat-Syarat Penyertaan & Pertandingan
:::
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Kolej Sultan Abdul Hamid.
::: Jumlah penyertaan adalah tidak terhad.
:::
Ciptaan mestilah asli dan bukan diciplak.
:::
Penyertaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk kertas putih A4 dan juga
dalam bentuk hardcopy (JPEG Image)
:::
Penggunaan warna yang mudah adalah digalakkan.
:::
Urusetia
pertandingan berhak mengubahsuai rekabentuk kulit atau menolak penyertaan
yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
::: Keputusan panel pengadil adalah muktamad.
::: Semua penyertaan akan menjadi hakmilik Kolej Sultan Abdul Hamid dan tidak boleh digunakan untuk lain-lain tujuan.
::: Penyertaan hendaklah dihantar kepada Encik Osmandosnani bin Mat Lazim dengan mencatatkan Nama, No Kad Pengenalan & Tingkatan.
::: Hadiah akan diberikan kepada satu pemenang sahaja (ciptaan yang terbaik).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 November 2009.
::: Urusetia berhak meminda atau menambah mana-mana syarat pertandingan.
::: Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke osksah@gmail.com
Ciri-Ciri
Kulit
:::
Perkataan yang mesti dimasukkan: (1) Darulaman 2009; (2) Kolej Sultan
Abdul Hamid.
::: Elakkan daripada menggunakan gambar Blok Pedana sebagai latar.
::: Hal-hal lain mengikut kreativiti maing-masing.
Dipos Oleh:
Urusetia Pertandingan Kulit Majalah Darulaman 2009.
28 Oktober 2009.