Assalamualaikum, Cikgu Fauzi?!

Saya adalah bekas pelajar KSAH dan saya pernah jumpa cikgu untuk mendapatkan lagu kolej untuk menyiapkan tugasan saya ketika saya masih belajar dulu...

Saya sekarang telah bekerja di Kementerian Pertahanan dan saya ingin memberi sedikit cadangan untuk pembaikan website KSAH... Saya memohon maaf sekiranya cadangan ini kurang memuaskan hati cikgu...

Saya ingin memberi cadangan supaya gambar yang di'upload' di website KSAH diberikan saiz pixel yang lebih besar kerana gambar yang dilihat adalah terlalu kecil...Gambar kecil sekarang sesuai untuk 'thumbnail' kerana dan di'link'kan ke page lain untuk gambar yang lebih besar untuk paparan di skrin dan untuk di muat turun...Pixel gambar yang lebih besar membolehkan pelayar website KSAH melihat aktiviti sekolah dengan lebih jelas...

 

Saya harap cadangan saya akan dipertimbangkan oleh cikgu-cikgu dan webmaster semua...

 

Sekian, terima kasih...

 

MOHD. ZAKRI BIN CHE MEE

1996-2002

Tarikh: 31 Mac 2009

 

Ulasan Web Admin:

  1. Kami sedar tentang masalah gambar di website KSAH. Gambar-gambar tersebut terpaksa dibuat sedemikian rupa (pixel yang kecil) kerana masalah limitasi ruang storan. Kami mengharapkan pelayar dapat membesarkannya foto itu sendiri. Sebenarnya masih banyak lagi foto di dalam stok kami untuk di'upload'. InsyaAllah jika masalah ini dapat kami atasi, cadangan anda akan kita laksanakan ... doakan.

  2. Apa pun terima kasih kerana sudi menghantar cadangan, apa lagi daripada seorang bekas pelajar. Kami amat berbangga & amat berpuas hati - justeru, tidak timbul soal meminta maaf. Selalu-selalulah layari laman web kita & beri pandangan.

  3. Tahniah kerana sudah mendapat kerja. Kembalilah ke alma matter apabila ada kelapangan.