TENNIS MSSK 2009


 

 

Pertandingan Tennis MSSK telah diadakan pada 23,24,25 dan 26 April 2009 iaitu di Sungai Petani. Venue pertandingan ialah di SP Club, UiTM Merbok, MRSM dan IPSAH. Beberapa pelajar KSAH telah dipilih mewakili Daerah Kota Setar.

Kota Setar muncul juara keseluruhan dengan mendapat 4 emas, 1 perak dan 6 gangsa. Nicholas Low Wei Long, Muhammad Nazri bin Juzhar dan Mitchell Khoo Wei Kern akan mewakili Negeri Kedah ke MSSM di Kuching, Sarawak pada 5 hingga 11 Jun 2009.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut yang melibatkan pelajar-pelajar KSAH yang terpilih mewakili Daerah Kota Setar.

 

Bawah 18 tahun

 

1. Nicholas Low Wei Long                  -     Johan Bergu & Naib Johan Perseorangan

2. Muhammad Nazri bin Juzhar          -     Johan Bergu & Ketiga Perseorangan

 

Bawah 15 tahun

 

1. Mitchell Khoo Wei Kern                  -     Johan Bergu & Ketiga Perseorangan

2. Ammar Safwan bin Shabudin        -     Ketiga Bergu

  

Diposkan oleh:

Rozaini bin Othman

Pengurus Tennis KSAH 2009

Selasa, 28 April 2009