MAKLUMAT UNTUK GALERI ASRAMA KSAH


 

Asrama Kolej Sultan Abdul Hamid sedang membangunkan Galeri Asrama sempena Sambutan KSAH 100 tahun yang disambut pada 2008. Sehubungan itu, usaha-usaha melengkapkan galeri tersebut dengan maklumat sedang giat dilakukan. Antara bahan yang ingin diabadikan ialah nama-nama ketua waden dan ketua pengawas asrama yang telah menyumbang bakti pada zaman/tahun-tahun berkenaan.

Besarlah harapan KSAH kepada Kolejian khususnya yang tinggal di asrama untuk membantu menyalurkan maklumat berhubung dengan nama ketua waden dan ketua pengawas asrama yang tuan/puan ketahui. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Maklumat boleh salurkan melalui e-mel atau surat (u.p. Penolong Kanan HEM). Untuk tujuan membantu menyalurkan maklumat: [ klik di sini ]

 

Diposkan oleh:

Mohd. A'sri bin Abd. Ghani

Penolong Kanan HEM KSAH

Selasa, 20 Januari 2009