
PANCARAGAM
|
|
Kolej Sultan Abdul Hamid |
|
Home |




|
PENGENALAN Pasukan pancaragam KSAH ditubuhkan pada tahun 1972 dengan jumlah ahli seramai 20 orang pelajar yang dikenali sebagai “Brass Band”. Pasukan ini mula menunjukkan kecemerlangan pada tahun 2005 setelah muncul johan pertandingan pancaragam peringkat Negeri dengan kekuatan ahli seramai 61 orang dan peralatan muzik yang terhad serta memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Dengan kekuatan semangat dan sokongan dari pelbagai pihak pasukan ini bangun untuk meneruskan dan mengekalkan kecemerlangan diperingkat negeri, kebangsaan walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan yang hebat dari aspek kemahiran, peralatan muzik dan teknik persembahan yang terkini. Dengan tekad dan semangat jitu ahli-ahli serta bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak pasukan ini telah berjaya mengukir nama diperingkat kebangsaan setelah memenangi juara keseluruhan dan Formasi Terbaik Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri Kedah 2005. Pasukan pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid juga merupakan pasukan yang menjadi pilihan utama dalam upacara rasmi Jabatan-jabatan kerajaan dan acara-acara yang dijayakan oleh kerajaan negeri yang melibatkan orang-orang kenamaan, Menteri dan KDYMM Sultan Kedah. Sehubungan dengan itu Program Kecemerlangan Pasukan Pancaragam 2005 dirancang untuk memantapkan lagi prestasi pasukan dan kualiti persembahan bagi merealisasikan objektif dan matlamat program pancaragam serta moto Kolej “Scholar ,Sportman, Gentleman. |