|
|
ﺑﺴﻢ
ﺍﷲ ﺍﻟﺮ ﺣﻤﻥ ﺍﻟﺮ ﺣﯾﻡ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web Kolej Sultan Abdul Hamid. Dikesempatan ini saya mengalu-alukan para pengunjung laman web ini. Harapan saya laman web ini dapat dijadikan wadah untuk memperkenalkan budaya dan kecemerlangan warga KSAH dalam bidang pengurusan, kurikulum dan kokurikulum kepada dunia luar.
Untuk menjadi rakyat yang cemerlang, kita perlulah memperkembangkan kuasa minda bagi melahirkan idea-idea yang kreatif dan kritis. Oleh itu, kita seharusnya bijak merebut peluang dan kemudahan yang disediakan. Warganegara Malaysia, khususnya warga pendidikan dan para pelajar harus berani menempuh anjakan paradigma ke era masyarakat bermaklumat dan berdaya saing.
Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa ICT & Dokumentari KSAH, khususnya Unit Pengurusan Laman Web kerana telah berusaha dengan gigih dan berjaya membangunkan laman web rasmi KSAH. Pembangunan laman web ini merupakan manifestasi usaha murni pihak sekolah mendokumentasikan aktiviti yang dijalankan agar dapat dijadikan rujukan dan tatapan bersama.
Akhir kata saya amat berharap agar kecemerlangan KSAH sebagai sebuah sekolah premier terus dipertingkatkan dengan mencipta kejayaan-kejayaan baru seterusnya melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut mempunyai budi bahasa dan akhlak yang mulia.
Sekian, terima kasih.
“Scholar, Sportsman, Gentleman”
“Menjunjung Warisan & Wawasan”
Morazuki bin Hashim
Pengetua,
Kolej Sultan Abdul Hamid,
Jalan Langgar, 05460 Alor Star,
Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel: 04-7332300 Fax: 04-7305300
E-mel: morazuki@gmail.com
|
:::
Diurus oleh: Jawatankuasa ICT & Dokumentari KSAH
::: |